Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Apakah Makna Kehidupan Manusia?
Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
2016-08-17 | 757 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari mana dia berasal dan ke mana dia akan pergi, tidak tahu sebab kewujudannya dan makna kehidupannya, maka dia sia-sia hidup di bumi ini.

Baik orang Timur ataupun orang Barat, baik orang kuno ataupun orang moden, pernah membincangkan soalan ini, namun tidak ada seorang pun yang dapat memberi satu jawapan yang sahih. Untuk menjawab soalan ini, kita perlu berfikir mengapakah Tuhan mencipta manusia? Jika kita ingin mengetahui sebab manusia dicipta, kita perlu bertanya kepada Tuhan yang mencipta manusia.

Manusia ialah wadah yang dicipta Tuhan

Tuhan mencipta manusia dengan satu tujuan yang khusus dalam rancangan-Nya yang rapi. Bible menunjukkan bahawa sebelum manusia dicipta, Tuhan telah mencipta segala sesuatu yang diperlukan manusia. Oleh itu, manusia ialah pusat bagi penciptaan Tuhan.

Kejadian 1:26 menunjukkan bahawa Tuhan mencipta manusia dengan dua tujuan yang amat penting:

  1. Mempunyai imej-Nya untuk mengekspresikan-Nya
  2. Mempunyai kuasa-Nya untuk mewakili-Nya

Bible mengatakan bahawa Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya dan mengikut rupa-Nya. Oleh itu, manusia mempunyai imej dan rupa Tuhan. Misalnya, sarung tangan dicipta menurut imej tangan dan satu-satunya tujuan sarung tangan ialah dimasukkan tangan. Sebelum sarung tangan dimasukkan tangan, ia hanya mempunyai imej tangan, tetapi tidak ada isi kandungan di dalam. Apabila tangan dimasukkan ke dalam sarung tangan, sarung tangan itu mempunyai isi kandungan dan dipenuhi. Begitu juga keadaannya dengan manusia. Manusia dicipta menurut imej Tuhan, dan makna kewujudan manusia ialah membenarkan Tuhan masuk ke dalam untuk menjadi isi kandungannya. Wasiat Baru khususnya membicarakan manusia ialah wadah, bekas yang dapat berisikan benda (Roma 9:23-24; 2 Kor. 4:7). Selain itu, Bible juga mengatakan bahawa wadah ini terdiri daripada tiga bahagian: di luar terdapat tubuh, di dalam terdapat sukma, dan di bahagian terdalam terdapat roh (1 Tes. 5:23). Berkenaan tiga bahagian manusia ini: Manusia memerlukan makanan fizikal untuk mengisikan tubuhnya, agar mengekalkan kewujudan tubuh jasmaninya; manusia juga memerlukan makanan dari segi psikologi seperti pengetahuan, kasih sayang, hiburan untuk mengisikan sukmanya; di bahagian terdalam manusia terdapat satu organ, iaitu roh manusia yang khususnya dicipta Tuhan. Oleh itu, hanya apabila Tuhan masuk ke dalam manusia sebagai hayat dan isi kandungannya, barulah manusia dapat mengekspresikan Tuhan, mewakili Tuhan, dan bersatu dengan Tuhan.

Manusia Hidup untuk Berisikan Tuhan

Menurut wahi Bible, manusia hidup bukan untuk sendiri atau orang lain, tetapi untuk Tuhan. Sebelum manusia mengenali Tuhan, memperoleh Tuhan, membenarkan Tuhan masuk ke dalam, manusia mencari-cari makna dan nilai kehidupan manusia. Sayang sekali, tidak ada jawapannya. Jawapan bagi makna kehidupan manusia ialah Tuhan sendiri dan ialah membenarkan Tuhan masuk ke dalam. Mencari makna kehidupan manusia sebenarnya bererti mencari Tuhan, menerima Tuhan, agar seluruh diri kita dipenuhi Tuhan untuk mengekspresikan Tuhan dan mewakili-Nya. Inilah makna kehidupan manusia.

Jalan untuk membenarkan Tuhan yang merupakan Roh masuk ke dalam kita ialah membuka diri kita, menggunakan roh, dan menyeru nama Tuan. Kamu boleh berdoa kepada Tuan, “O Tuan, Tuan Yesus! Aku memerlukan-Mu, masuklah ke dalamku untuk menjadi isi kandunganku sebagai kepuasanku dan makna kehidupanku.” Semoga kamu dapat mengenali makna kehidupan manusia dan tujuan Tuhan mencipta manusia.

Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook