Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Apakah hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian?
Soalan Terpenting dalam Buku Ayub dan Jawapan Terpenting
Adakah kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa?
Apakah hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian?
2021-03-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

1 Mac 2010

Ayat Bible: 

Kol. 3:3-4a Kerana kamu telah mati, dan hayatmu tersembunyi bersama dengan Kristus dalam Tuhan. Apabila Kristus hayat kita termanifestasi...

Sabda Ministri:

    Bible menunjukkan kepada kita bahawa hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian ialah hayat yang penuh kegirangan. Hayat ini hayat yang penuh rehat, hayat yang bersekutu dengan Tuhan tanpa apa-apa halangan, dan hayat yang tidak ada percanggahan dengan kehendak Tuhan. Hayat yang ditetapkan Tuhan untuk setiap orang Kristian ialah hayat yang tidak mendahagakan dunia, yang bergerak-hidup di luar dosa dan tidak dapat diatasi dosa. Hayat ini kudus, penuh kudrat, jayeng, mengenali kehendak Tuhan, dan bersekutu dengan Tuhan tanpa halangan. Inilah hayat yang ditetapkan Tuhan dalam Bible untuk orang Kristian.

   Kepada orang Kristian, Tuhan telah menetapkan hayat yang tersembunyi bersama dengan Kristus dalam Tuhan. Apakah yang dapat menyentuh hayat ini? Apakah yang dapat mempengaruhi hayat ini? Apakah yang dapat menggoyahkan hayat ini? Sebagaimana Kristus tidak tergoyah, begitu juga kita tidak tergoyah. Sebagaimana Kristus melangkaui segala-gala, begitu juga kita melangkaui segala-gala. Kedudukan kita di hadapan Tuhan adalah sama dengan kedudukan Kristus di hadapan Tuhan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa kamu pasti akan menjadi lemah dan gagal. Tidak ada perkara sedemikian. Kolose 3:4 berkata, “Kristus hayat kita.” Kristus melangkaui segala-galanya dan tidak tersentuh oleh apa-apa. Haleluya! Inilah hayat Kristus!


Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 1 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my. 

Soalan Terpenting dalam Buku Ayub dan Jawapan Terpenting
Adakah kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)