Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 1/2)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 5/5)
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 2/2)
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 1/2)
2020-08-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (107)

Nota Editor:

“Kita telah melihat bahawa hayat ialah Tuhan sendiri. Hayat ialah Tuhan sendiri mengalir ke dalam kita untuk kita terima dan alami. Oleh itu, mengalami Tuhan bererti mengalami hayat. Semua pengalaman hayat itu mengalami Tuhan dan menyentuh Tuhan. Sebarang pengalaman yang tidak menyentuh Tuhan bukanlah pengalaman hayat...Pengalaman yang dihasilkan daripada Tuhan melewati manusia dan manusia melewati-Nya boleh dikira sebagai pengalaman hayat.” 

“Walaupun Tuhan ialah hayat, namun jika Dia tidak berada dalam Kristus dan tidak menjadi Kristus, Dia tidak dapat menjadi hayat kita. Lantaran itu, kita tidak dapat mengalami-Nya. Bagi kita mengalami-Nya, Dia perlu menjadi hayat kita. Akan tetapi, Dia tidak dapat menjadi hayat kita sementara berada di syurga dan berada dalam cahaya yang tidak dapat dihampiri manusia (1 Tim. 6:16). Selain itu, demi menjadi hayat kita, Dia perlu mempunyai sifat insani kita. Hayat divin-Nya perlu berbaur dengan sifat insani supaya dapat disatukan dengan kita yang memiliki sifat insani, dan menjadi hayat kita.” 

“Pendek kata, apabila kita mengalami Kristus, kita akan mengalami aspek-aspek yang berikut: Kristus diwahikan dalam kita (Gal. 1:16); Kristus hidup dalam kita (Gal. 2:20); Kristus terbentuk dalam kita (Gal. 4:19); Kristus diperbesar dalam tubuh kita (Flp. 1:20-21); kita penuh dengan ukuran statur bagi kepenuhan Kristus (Ef. 4:13); dan kita ditransform menjadi imej Kristus (2 Kor. 3:18).”

APA ITU PENGALAMAN HAYAT?
(Bahagian 1/2)

(Pengetahuan Hayat, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Gal. 1:16 “Untuk mewahikan Anak-Nya dalamku supaya aku dapat memberitakan Dia sebagai injil dalam kalangan bangsa Asing, dengan serta-merta aku tidak berunding dengan daging dan darah.”

Gal. 2:20 “Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus, dan bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku, dan hayat yang kini aku hidup dalam tubuh, aku hidup dalam iktikad, iaitu iktikad Anak Tuhan yang mengasihi aku dan menyerahkan diri-Nya untukku.”

Gal. 4:19 “Anak-anakku, untukmu, aku sekali lagi menderitai sakit bersalin, hingga Kristus terbentuk dalam kamu.”

Sekarang, kita akan menanya soalan kedua: Apakah itu pengalaman hayat? Setelah melihat apa itu hayat, kita dengan mudah dapat mengetahui apa itu pengalaman hayat.

I. MENGALAMI TUHAN

Pengalaman hayat bererti mengalami hayat. Kita telah melihat bahawa hayat ialah Tuhan sendiri. Hayat ialah Tuhan sendiri mengalir ke dalam kita untuk kita terima dan alami. Oleh itu, mengalami Tuhan bererti mengalami hayat. Semua pengalaman hayat itu mengalami Tuhan dan menyentuh Tuhan. Sebarang pengalaman yang tidak menyentuh Tuhan bukanlah pengalaman hayat. 

Misalnya, sesetengah pertaubatan bukanlah hasil daripada pencahayaan Tuhan, tetapi hasil daripada manusia mengkaji diri sendiri. Oleh sebab pertaubatan itu tidak menyebabkan manusia menyentuh Tuhan, maka itu bukan pengalaman hayat. Jika sesuatu pertaubatan dihasilkan daripada pencahayaan Tuhan, maka pertaubatan itu pasti akan menyebabkan manusia menyentuh Tuhan, dan itu pengalaman hayat.

Segala-gala yang berpunca daripada kelakuan manusia sendiri tidak boleh dikira sebagai pengalaman hayat. Itu buatan manusia dan kerja manusia sendiri, bukan hasil daripada Tuhan melewati manusia atau hasil daripada manusia melewati Tuhan. Oleh itu, segala-gala yang berpunca daripada kelakuan manusia sendiri tidak boleh dikira sebagai pengalaman hayat. 

Jadi, apakah yang boleh dikira sebagai pengalaman hayat? Pengalaman yang dihasilkan daripada Tuhan melewati manusia dan manusia melewati-Nya boleh dikira sebagai pengalaman hayat. Contohnya, semasa berdoa, kita bertemu dengan Tuhan, dicahayai, melihat kesalahan kita sendiri, dan menanggulangi kesalahan itu di hadapan Tuhan. Ini bukannya kita mengesan kesalahan kita sendiri, tetapi kita disentuh Tuhan dalam batin, dan melihat kesalahan kita sendiri sewaktu kita mendekati Tuhan. Tuhan ialah cahaya. Apabila kita menyentuh-Nya, kita melihat kesalahan kita dalam cahaya-Nya. Maka secara spontan kita mengaku dosa kepada Tuhan dan memohon pembasuhan darah Tuan. Hasilnya, Tuhan melewati kita dan kita juga melewati Tuhan. Pengalaman sedemikian menyebabkan kita mengalami Tuhan. Oleh yang demikian, itu merupakan pengalaman hayat. 

Semua pengalaman hayat berasal daripada Tuhan dan merupakan operasi Tuhan dalam kita; oleh itu, semua pengalaman ini dapat menyebabkan kita menyentuh Tuhan dan mengalami-Nya. Segala pengalaman yang bukan sedemikian bukanlah pengalaman hayat. Ini kerana hayat ialah Tuhan, dan mengalami hayat bererti mengalami Tuhan. Lantaran itu, sebarang pengalaman sedemikian terhadap Tuhan akan memaparkan hayat (Flp. 2:13-16).

II. MENGALAMI KRISTUS

Sesungguhnya, pengalaman hayat bererti mengalami Tuhan, namun Tuhan berada dalam Kristus untuk kita alami. Kristus ialah penampakan dan perjasadan Tuhan; Dia ialah Tuhan yang menjadi pengalaman kita. Oleh itu, semua pengalaman kita terhadap Tuhan ialah pengalaman terhadap Kristus dan dalam Kristus. Oleh sebab mengalami hayat bererti mengalami Tuhan, maka mengalami hayat juga bererti mengalami Kristus.

Walaupun Tuhan ialah hayat, namun jika Dia tidak berada dalam Kristus dan tidak menjadi Kristus, Dia tidak dapat menjadi hayat kita. Lantaran itu, kita tidak dapat mengalami-Nya. Bagi kita mengalami-Nya, Dia perlu menjadi hayat kita. Akan tetapi, Dia tidak dapat menjadi hayat kita sementara berada di syurga dan berada dalam cahaya yang tidak dapat dihampiri manusia (1 Tim. 6:16). Selain itu, demi menjadi hayat kita, Dia perlu mempunyai sifat insani kita. Hayat divin-Nya perlu berbaur dengan sifat insani supaya dapat disatukan dengan kita yang memiliki sifat insani, dan menjadi hayat kita. Maka Dia keluar dari syurga, menjadi tubuh daging, dan berbaur dengan sifat insani. Dengan demikian, Tuhan menjadi Kristus dan menjadi hayat kita dalam sifat insani agar kita mengalami-Nya. Yang keluar dari syurga dan menjadi hayat kita dalam sifat insani agar kita mengalami-Nya, Dia itu Kristus. Apabila kita mengalami Dia sebagai hayat, kita mengalami Kristus.

Pendek kata, apabila kita mengalami Kristus, kita akan mengalami aspek-aspek yang berikut:

A. Kristus Diwahikan dalam Kita (Gal. 1:16)

Ini merupakan pengalaman permulaan kita terhadap Kristus sewaktu kita diselamatkan. Kita mengalami Tuhan mewahikan Kristus dalam kita menerusi Roh Kudus supaya kita dapat mengenali dan memperoleh Dia sebagai hayat kita dan segala-galanya bagi kita.

B. Kristus Hidup dalam Kita (Gal. 2:20)

Ini merupakan pengalaman kita yang berterusan terhadap Kristus yang hidup dalam kita sebagai hayat kita setelah kita diselamatkan. Dengan kata lain, kita mengalami Kristus tinggal dalam kita dan hidup untuk kita. Dalam kehidupan harian kita sebagai pekudus, pengalaman kita yang berterusan terhadap Kristus ini menjadi sebahagian besar daripada pengalaman kita terhadap Kristus. 

C. Kristus Terbentuk dalam Kita (Gal. 4:19)

Ini bererti kita membenarkan segala-gala daripada Kristus menjadi elemen bagi hayat dalaman kita supaya Kristus dapat bertumbuh dan terbentuk dalam kita. Kristus berada dalam kita, bukan sekadar bagi kita mengalami Dia sebagai hayat kita dan sebagai Dia yang hidup untuk kita, malah bagi kita mengalami Dia sebagai segala-gala kita. Dengan itu, Dia dapat bertumbuh dan terbentuk dalam hayat kita supaya hayat-Nya mencapai kematangan dalam kita.

D. Kristus Diperbesar dalam Tubuh Kita (Flp. 1:20-21)

Ini bererti kita membenarkan segala-gala daripada Kristus menjadi ekspresi kehidupan kita di luar supaya Kristus dapat dinyatakan secara luaran. Sama ada hidup atau mati, iaitu dalam apa jua keadaan pun, kita membenarkan Kristus diperbesar dalam tubuh kita. Dengan kata lain, bagi kita, hidup adalah Kristus. Ini sememangnya pengalaman yang lebih mendalam terhadap Kristus: Kita bukan sahaja mengalami Dia terbentuk dalam kita, tetapi juga mengalami Dia diperbesar dari dalam kita. “Terbentuk” ialah kematangan hayat dalaman, dengan mempunyai segala apa yang dimiliki-Nya sebagai elemen dalaman kita. “Diperbesar” pula bererti ekspresi kehidupan luaran, dengan membenarkan segala apa yang dimiliki-Nya menjadi penyataan luaran kita. Dengan demikian, dalam pengalaman ini, kita mengalami Kristus bukan sahaja sebagai elemen bagi hayat dalaman kita, tetapi juga sebagai penyataan bagi kehidupan luaran kita.

E. Penuh dengan Ukuran Statur bagi Kepenuhan Kristus (Ef. 4:13)

Ini bermaksud bahawa kita semua, yakni Tubuh, mengalami Kristus sehingga kita penuh dengan elemen dan konstitusi Kristus; dengan itu kita bertumbuh dan penuh dengan statur bagi kepenuhan Kristus. Sudah tentu, ini pengalaman kita yang agak penuh terhadap Kristus. (bersambung...)

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 5/5)
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)