Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Apa itu Kurnia?
ORANG KRISTIAN—Percayawan yang Merupakan Anak-anak Tuhan
Mengapakah Orang Kristian Menderita?
Apa itu Kurnia?
2016-10-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Perkataan kurnia digunakan lebih daripada seratus kali dalam Wasiat Baru, menunjukkan bahawa perkataan ini merupakan salah satu perkataan yang paling penting dalam Bible. Menurut Efesus 2:8, kurnia ialah ejen yang melaluinya Tuhan menyelamatkan kita, “Kerana melalui kurnia, kamu telah diselamatkan.” Kita tidak dapat menyelamatkan diri sendiri; hanya kurnia Tuhan yang dapat menyelamatkan kita. Namun apakah kurnia ini yang menyelamatkan kita? Banyak guru Kristian mentakrifkan kurnia sebagai anugerah daripada Tuhan yang tidak layak kita terima. Walaupun Tuhan sememangnya menganugerahkan penyelamatan kepada kita, yang tidak layak kita terima, namun menurut wahi Wasiat Baru, makna kurnia jauh melebihi ini. Mari kita melihat beberapa ayat Bible.

Kurnia ialah Tuhan, Kristus, dan Roh

Dalam Bible, kurnia dirujuk sebagai kurnia Tuhan (1 Kor. 15:10; 2 Kor. 1:10; 8:1; 9:14) dan kurnia Kristus (2 Kor. 8:9; 12:9; 13:14), dan Roh Kudus digelar “Roh kurnia” (Ibr. 10:29). Oleh itu, kurnia berkaitan dengan Tuhan, Kristus, dan Roh—persona Tuhan Tritunggal. Dalam Wasiat Baru, frasa seperti kasih Tuhan bukan sahaja bermaksud kasih itu kepunyaan Tuhan tetapi Tuhan sendiri ialah kasih (1 Yoh. 4:8). Begitu juga, frasa sabda Tuhan bermaksud bahawa sabda ialah Tuhan (Yoh. 1:1). Oleh itu, kurnia Tuhan bererti kurnia ialah Tuhan, kurnia Kristus bererti kurnia ialah Kristus, dan Roh kurnia bererti Roh ialah kurnia. Dengan demikian, kita dapat menyimpulkan bahawa kurnia ialah Tuhan, Kristus, dan Roh—Tuhan Tritunggal sendiri.

Kurnia dan Kristus tidak dapat dipisahkan

Selain itu, Yohanes 1:14 berkata, “Sabda itu telah menjadi tubuh daging dan bertabernakal dalam kalangan kita…penuh kurnia dan realiti,” dan ayat 17 berkata, “Kerana hukum diberikan menerusi Musa; kurnia dan realiti datang menerusi Yesus Kristus.” Hukum diberikan, namun kurnia datang bersama dengan Yesus Kristus, Tuhan yang berinkarnasi—kurnia dan Kristus tidak boleh dipisahkan. Bukti yang selanjutnya didapati dengan membandingkan 1 Korintus 15:10 dengan Galatia 2:20. Satu Korintus 15:10 berkata, “Bukan aku tetapi kurnia Tuhan yang ada bersama denganku,” dan Galatia 2:20 berkata, “Bukan lagi aku…, tetapi Kristus yang hidup dalamku.” Ini menunjukkan bahawa kurnia yang berada bersama dengan dutus ialah Kristus yang hidup dalamnya. Tambahan lagi, 2 Timotius 4:22 berkata, “Tuan bersama dengan rohmu. Kurnia menyertaimu.” Ini sekali lagi menyamakan kurnia dengan Kristus, yakni Tuan. Oleh yang demikian, kurnia yang diberi Tuhan kepada kita ialah Tuan sendiri yang berada dalam roh kita, iaitu bahagian kita yang terdalam.

Berdasarkan wahi penuh berkenaan kurnia dalam Wasiat Baru, kita dapat mentakrifkan kurnia dengan cara ini: Kurnia ialah Tuhan dalam Kristus sebagai Roh itu yang huni dalam roh kita untuk menjadi segala-gala bagi kita demi kenikmatan kita. Kita telah menerima kurnia ini ke dalam roh kita pada hari kita diselamatkan. Sekarang, hari demi hari, malah saat demi saat, kita dapat mengalami dan menikmati kurnia ajaib yang menyelamat ini.

Kidung #376

  1. Definisi kurnia paling tinggi:
    Tuhan dalam Anak, ku nikmati;
    Bukan perbuatan atau berian-Nya,
    Tapi diri-Nya bah’gian ku mulia.
  2. Kristus dalam ku—Dialah kudrat ku—
    Kurnia sejati, serba cukupi;
    Kurnia dalam roh perkudratkan ku,
    Agar mudrad-Nya aku genapi.
ORANG KRISTIAN—Percayawan yang Merupakan Anak-anak Tuhan
Mengapakah Orang Kristian Menderita?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)