Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Apa itu Doa?
Prinsip Berdoa Tiga Kali
“Tuhan Tidak Akan Mendengar Doa Kamu”
Apa itu Doa?
2016-10-11 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bible menunjukkan kepada kita apa itu doa. Pertama sekali, Tuhan mempunyai satu keperluan. Dia mempunyai satu tujuan. Kedua, Tuhan meletakkan hasrat ini dalam hati manusia menerusi Roh Kudus agar manusia turut merasakan keperluan ini. Ketiga, manusia menyampaikan hasrat ini kembali kepada Tuhan menerusi doa. Keempat, Tuhan bekerja untuk menyempurnakan hasrat ini. Inilah erti doa.

Mari kita baca beberapa petikan Bible. Matius 9:36 hingga 10:1 berkata, “Melihat orang ramai itu, Yesus tersentuh dengan belas kasihan terhadap mereka, kerana mereka terseksa dan terbiar seperti domba yang tidak ada gembala. Kemudian Dia berkata kepada disipal-disipal-Nya, Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit; oleh itu, mohonlah kepada Tuan tuaian agar Dia mendesak pekerja-pekerja keluar menuai tuaian-Nya. Yesus memanggil dua belas disipal-Nya kepada-Nya, dan memberi mereka kuasa atas roh-roh cemar, supaya mereka dapat mengusir roh-roh ini dan menyembuhkan setiap penyakit dan setiap kelemahan.” Petikan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa (1) Tuhan tersentuh dengan belas kasihan untuk menyelamatkan manusia, (2) Tuhan mahu manusia berdoa, (3) manusia berdoa kepada Tuhan, dan (4) Tuhan mengutus manusia keluar bekerja untuk menyelamatkan manusia.

Yehezkiel 36:37 berkata, “Beginilah Tuan Yehova bersabda, Tambahan pula, bagi hal ini Aku akan dipinta oleh kaum Israel sehingga Aku melakukannya untuk mereka; Aku akan menambah bilangan orang mereka seperti kawanan domba.” Ayat ini memberitahu kita bahawa: (1) Tuhan mahu menambahkan bilangan orang dalam kaum Israel, (2) Tuhan mahu manusia berdoa untuk hal ini, (3) manusia berdoa untuk hal ini, dan (4) Tuhan pasti akan menyempurnakannya.

Yesaya 62:6-7 berkata, “Di atas tembokmu, O Yerusalem, / Aku telah melantik pengawas; / Sepanjang hari dan sepanjang malam / Mereka tidak akan berdiam diri. / Kamu yang mengingatkan Yehova, / Jangan membisu, dan jangan biarkan Dia rehat / Sehinggalah Dia mendirikan / Dan sehingga Dia menjadikan Yerusalem / Suatu pujian di bumi.” Dari sini, kita mengetahui bahawa: (1) Tuhan mahu menjadikan Yerusalem suatu pujian di bumi, (2) untuk ini, Tuhan melantik pengawas, (3) pengawas berseru kepada Tuhan, dan (4) Tuhan akan menggenapinya.

Daripada beberapa petikan ayat Bible ini, kita mendapati bahawa semua doa yang wajar berasal daripada hati Tuhan; semua doa yang wajar turut menyatakan hasrat Tuhan. Doa bermaksud bahawa Tuhan mempunyai satu hasrat hati yang ingin dicapai-Nya, namun Dia tidak melakukannya secara langsung.

Sebaliknya, Dia mahu manusia di bumi bekerjasama dengan-Nya. Dengan itu, Dia menyingkapkan hasrat-Nya kepada manusia, malahan Dia mahu manusia berdoa untuk hasrat-Nya. Kemudian barulah Dia menggenapi hasrat-Nya. Inilah erti doa.

Prinsip Berdoa Tiga Kali
“Tuhan Tidak Akan Mendengar Doa Kamu”
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Pencinta_Yesus pada 2016-10-20
Amen! Rupa-rupanya doa kita begitu penting kepada Tuhan untuk melaksanakan Tujuan Tuhan dan menggenapi hasrat-Nya. Saya mahu berdoa untuk berkerjasama dengan Tuhan…