Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Adakah kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa?
Apakah hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian?
Adakah Kamu Berasa Haus?
Adakah kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa?
2021-03-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat
13 Mac 2021

Bacaan Bible:
Matius 1:21 “Dan dia akan melahirkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu memanggil nama-Nya Yesus, kerana Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa-dosa mereka.”

Petikan Bacaan:
Semasa saya berada di Cheefoo dan Peking baru-baru ini, beberapa orang dikbang berkata, “Dahulunya kami suka menggelar Tuan sebagai Kristus, tetapi mulai hari ini, kami akan menggelar-Nya ‘Yesus Penyelamatku!’” Mengapakah Dia dinamai Yesus? Dia dinamai Yesus kerana nama ini “akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa-dosa mereka”. Kamu telah menerima Yesus sebagai Penyelamat kamu. Kamu telah menerima kurnia pengampunan dosa. Memang benar, syukur dan puji kepada Tuan, Yesus ialah Penyelamat kamu, dan dosa kamu telah pun diampunkan. Namun demikian, apakah yang telah dilakukan Yesus untuk kita? “Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa-dosa mereka!” Inilah penetapan Tuhan. Inilah penyempurnaan Yesus. Persoalan sekarang ialah sama ada kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa. Adakah kemarahan kamu kembali menghantui kamu? Masihkah kamu terbelenggu oleh dosa dan dijerat oleh fikiran kamu? Masihkah kamu sombong seperti dahulu? Masihkah kamu mementingkan diri sendiri seperti dahulu? Ataupun kamu telah bebas daripada dosa kamu? Saya pernah menggunakan suatu ibarat banyak kali, dan hari ini saya ingin menggunakannya sekali lagi, iaitu perbezaan antara pelampung penyelamat dengan kapal penyelamat. Apabila seseorang terjatuh ke dalam laut dan pelampung dilontar kepadanya, dia tidak akan tenggelam sekiranya dia memegang pelampung itu, namun dia tidak keluar daripada air. Dia memang tidak akan tenggelam namun dia juga tidak akan naik. Keadaannya tidak hidup dan juga tidak mati. Berbeza jika menggunakan kapal penyelamat. Kapal akan mengeluarkan orang itu dari laut ke dalam kapal. Cara penyelamatan Tuan kita bukan cara penyelamatan pelampung tetapi cara penyelamatan kapal. Dia tidak akan membuat kamu tidak mati dan tidak juga hidup, sebaliknya Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa-dosa mereka. Dia tidak meninggalkan kamu dalam dosa. Oleh itu, penyelamatan yang menurut Bible ialah penyelamatan daripada dosa-dosa. Akan tetapi, walaupun kamu dan saya telah diselamatkan, namun kita masih belum diselamatkan daripada dosa, kita masih hidup dalam dosa. Adakah Bible silap? Tidak, Bible tidak silap, yang silap itu pengalaman kita.

Apakah lagi yang dilakukan Yesus semasa Dia datang kepada kita? Kita akan teruskan dalam e-Roti Hayat seterusnya.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 20, terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my.)

Apakah hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian?
Adakah Kamu Berasa Haus?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)