Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?
Berberkatlah Orang yang Murni Hatinya (1)
Rendah Diri di Bawah Tangan Tuhan yang Perkasa...Menyerahkan Segala Kekhuatiranmu Kepada-Nya
Adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?
2020-07-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mat. 7:13-14 "Masuklah menerusi pintu sempit; kerana lebarnya pintu dan luasnya jalan yang membawa kepada kemusnahan, dan banyak orang yang masuk menerusinya. Sempitnya pintu dan sesaknya jalan yang membawa kepada hayat, dan sedikit yang menjumpainya."

Orang yang memasuki pintu sempit [Mat. 7:13] haruslah miskin dalam roh, meratap, lembut-halus, lapar dan haus akan keadilbenaran, berahmat, murni hatinya, berdamai dengan semua orang, rela ditindas demi keadilbenaran, dan rela dicela demi Kristus. Hanya mereka yang mempunyai sifat ini dapat masuk menerusi pintu sempit.

Jalan ini sesak, terbatas, dari setiap aspek. Pintu itu sempit dan jalannya sesak kerana hukum baru kingdom lebih tegas dan tuntutan kingdom lebih tinggi daripada hukum dan tuntutan waadah lama. Pintu sempit itu bukan sahaja menanggulangi kelakuan luaran, tetapi juga menanggulangi motif dalaman. Manusia lama, diri, tubuh daging, konsep manusia, dan dunia berserta kemuliaannya, semuanya dihalang masuk. Hanya yang secocok dengan kehendak Tuhan boleh masuk.…Masuk menerusi pintu bererti mula berjalan di jalan, iaitu jalan seumur hidup. (Life-study of Matthew, m.s. 297-298)

Sebagai seorang yang berada dalam pemulihan Tuan, adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?…Kita terbatas dari setiap aspek. Orang yang berada dalam Kristianiti dapat menggunakan muzik rock atau cara duniawi yang lain semasa beribadat, tetapi kita tidak dapat berbuat demikian, kerana jalan kita sesak.…Apabila orang muda tamat persekolahan daripada sekolah menengah atas, mereka seperti burung terkurung yang menginginkan kebebasan. Akan tetapi, banyak orang begitu bebas sehinggakan mereka tidak ada pengehadan, tidak ada pembatasan. Sebaliknya, kita yang berada dalam pemulihan Tuan mengambil jalan yang sesak. Kita harus ada pembatasan bahkan dalam amalan doa-baca. Dalam doa-baca kita, kita tidak harus seperti orang duniawi yang menonton permainan bola tanpa pembatasan. Kita yang berada dalam pemulihan Tuan harus bergerak-hidup dalam roh kita. Hidup dalam roh dan bergerak-hidup dalam roh membatasi kita. Malah semasa kita mengasih, bergirang, dan bergembira, kita harus berada di bawah pembatasan. Kita tidak harus seperti orang yang sama sekali tidak dibatasi semasa mereka teruja. Sebaliknya, kita haruslah teruja dengan dihadkan roh. Hal ini haruslah sebegitu bahkan dalam perhimpunan. Walaupun kita boleh membebaskan roh kita sepenuhnya, namun kita harus dibatasi dalam aktiviti fizikal. Dalam segala sesuatu, kita perlu mengambil jalan sesak, bukan jalan yang luas.

Kita harus mengambil jalan yang terbatas dalam persekutuan kita dengan dikbang-dikbang. Adakah kamu ingin memuji seorang dikbang? Kamu harus memujinya dengan cara yang terbatas. Adakah kamu ingin memarahi seorang dikbang? Kamu harus memarahinya dengan cara yang terbatas. Adakah kamu sedang bersekutu dengan sesetengah dikbang? Hal ini amat baik, tetapi kamu harus bersekutu dengan mereka dengan cara yang terbatas. Kadangkala semasa kamu bersekutu, kamu lupa akan semua pembatasan. Kamu terus bersekutu berjam-jam lamanya tanpa mengendahkan keperluan untuk makan atau rehat. Tambahan pula, dalam persekutuan, kamu berbicara tentang segala-gala daripada ketua malaikat, Mikhael, hingga Martin Luther, hingga semua dikbang dan dikkak dalam gereja. Kamu bersekutu tentang setiap orang tanpa sebarang pembatasan. Puji Tuan kerana kita benar-benar bebas. Akan tetapi, kita masih ada pengehadan, pembatasan, dan kekangan.

Pertimbangkan contoh Tuan Yesus dalam Yohanes 7. Semasa dikbang-dikbang-Nya mencadangkan bahawa Dia pergi ke Yudea dan membuat diri-Nya terkenal di khalayak ramai, Tuan berkata, “Masa-Ku belum tiba lagi, tetapi masa kamu sentiasa ada” (ay. 6). Kata-kata Tuan menunjukkan bahawa Dia terbatas, bahawa Dia berjalan di jalan yang sesak. Sebagai umat kingdom, kita juga harus berjalan di jalan yang sesak. Jalan kita penuh dengan pengehadan, pembatasan, dan kekangan. Namun begitu, jangan anggap sebarang pengehadan sebagai halangan. Sebaliknya, pengehadan akan mempercepat perjalanan kita. Jika kita enggan dikekang, kemajuan kita akan dilambatkan. Namun, jika kita rela dihadkan dan dikekang, kelajuan kita akan bertambah. (Life-study of Matthew, m.s. 298-299)

Berberkatlah Orang yang Murni Hatinya (1)
Rendah Diri di Bawah Tangan Tuhan yang Perkasa...Menyerahkan Segala Kekhuatiranmu Kepada-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)