Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Adakah Kamu Berasa Haus?
Adakah kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa?
Adakah Kamu "Tidak Berdaya"?
Adakah Kamu Berasa Haus?
2021-03-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e Roti Hayat

17 Mac 2021

Ayat Bible:

Yohanes 4:14 Tetapi barang siapa yang minum daripada air yang akan Kuberikan kepadanya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang akan Kuberikan kepadanya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi.

Petikan Bacaan: 

    Yohanes 4:14 berkata, “Tetapi barang siapa yang minum daripada air yang akan Kuberikan kepadanya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang akan Kuberikan kepadanya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi.” Betapa mestikanya ayat ini! Ayat ini bukan mengatakan bahawa orang Kristian istimewa yang menerima kurnia istimewa baru boleh menjadi sumber mata air yang memancur keluar ke dalam hayat abadi. Ayat ini diucapkan Tuan kepada perempuan Samaria, yakni kepada seorang perempuan yang tidak dikenali-Nya. Dia mengatakan bahawa jika perempuan itu percaya, dia akan menerima air hidup dan air hidup ini akan menjadi sumber mata air dalamnya yang akan memancur keluar ke dalam hayat abadi. Dikbang dan dikkak, apakah maksudnya menjadi haus? Menjadi haus bermaksud tidak puas. Orang yang minum air yang diberikan Tuan pasti tidak akan haus selama-lamanya. Syukur dan puji kepada Tuan! Setiap orang Kristian bukan sahaja berasa cukup, malah berasa puas selama-lamanya! Setakat rasa cukup masih tidak memadai bagi seorang Kristian. Segala-gala yang diberikan Tuhan kepada kita membuat kita puas selama-lamanya.
       Akan tetapi, berapa kerapkah kamu menyeberangi jalan tanpa ada rasa haus? Semasa kamu berjalan melalui pasar raya, adakah kamu berasa haus? Jika kamu memikirkan alangkah baiknya jika kamu memiliki benda ini atau benda itu, bukankah itu kehausan? Apabila kamu melihat rakan sekelas kamu atau rakan sekerja kamu, adakah kamu kehausan? Kamu memikirkan betapa bagusnya kalau kamu mempunyai apa yang dimiliki mereka. Namun Tuan berkata, “Tetapi barang siapa yang minum daripada air yang akan Kuberikan kepadanya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang akan Kuberikan kepadanya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi.” Demikianlah hayat yang ingin diberikan-Nya kepada kita. Akan tetapi, pengalaman kita sama sekali berbeza. Tuan mengatakan bahawa Dialah segala-gala yang kita perlukan, namun kita mengatakan Dia sahaja masih tidak mencukupi. Kita mengatakan bahawa kita hanya akan berpuas hati setelah kita memiliki benda ini atau benda itu, namun Tuan mengatakan bahawa Dia sendiri sudah cukup. Adakah apa yang kita terima daripada Tuan itu salah ataupun pengalaman kita salah? Sudah tentu ada satu pihak yang salah. Tuan tidak akan memberi kita cek tendang. Apa yang dijanjikan-Nya untuk diberikan kepada kita pasti akan dilakukan-Nya. Pengalaman kita yang lalu sama seperti kata-kata dalam sebuah kidung, “t’rima separuh” (Kidung, #394, rangkap 2). Mengapakah Tuan mengatakan bahawa orang yang percaya tidak akan haus? Dia berkata demikian kerana orang itu telah berubah secara dalaman. Dalamnya ada permintaan baru dan kepuasan baru. Dikbang dan dikkak, saya ingin bertanya kepada kamu, adakah kamu hidup di hadapan Tuan dan melayan-Nya dalam kekudusan dan keadilbenaran tiap-tiap hari? Adakah kamu hidup di hadapan Tuhan tiap-tiap hari dan melayan-Nya dalam kekudusan dan keadilbenaran, seperti yang dikatakan oleh hentar Zakharia dalam Lukas 1:75? Adakah kamu mempunyai sesuatu di dalam yang sentiasa memancur keluar dan dapat menghilangkan kehausan orang lain? Orang Cina mempunyai ungkapan yang berbunyi “tidak berbuat apa-apa”, tetapi orang Kristian adalah “tidak meminta apa-apa”. Kita dapat mengatakan bahawa Tuan sendiri sudah cukup. Adakah kamu puas dengan hanya ada Tuan? Adakah kamu benar-benar puas dengan hanya ada Tuan Yesus? Jika kamu tidak puas, ertinya ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan kamu.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 22-24 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my.) 


Adakah kamu masih hidup dalam dosa ataupun kamu telah bebas daripada dosa?
Adakah Kamu "Tidak Berdaya"?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)