Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Adakah Hati Manusia Diduduki dan Dipenuhi Tuhan ataupun Kebendaan?
Apakah Perbezaan antara Teguran Roh Kudus dan Tuduhan Syaitan?
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (1)
Adakah Hati Manusia Diduduki dan Dipenuhi Tuhan ataupun Kebendaan?
2017-08-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Hati manusia harus diduduki dan dipenuhi Tuhan. Jika manusia membenarkan Tuhan menduduki hatinya, maka benda lain tidak akan masuk. Jika kita menyelidiki hati manusia, kita akan mendapati bahawa tidak ada hati manusia yang kosong. Hati manusia sentiasa diduduki dan dipenuhi sesuatu, baik Tuhan mahupun benda lain.

Sesungguhnya, hati manusia seperti pelekat lalat yang digunakan untuk menangkap lalat. Apa-apa sahaja yang menyentuh pelekat itu akan terlekat padanya. Apabila hati manusia menyentuh hiburan, wang, politik, semua ini akan terlekat padanya. Hati manusia menjadi bingung kerana banyak benda yang boleh melekat padanya.

Dalam buku Kejadian, setelah manusia kehilangan Tuhan akibat kejatuhan, manusia mula mencari benda-benda lain sebagai pengganti untuk memenuhi hatinya. Akibatnya, beribu-ribu tahun sejarah manusia menunjukkan kepada kita bahawa setelah manusia menjauhi Tuhan, manusia jatuh ke dalam dunia kebendaan dan tidak dapat terlepas daripadanya.

Kebendaan masuk menjadi kenikmatan yang menggantikan Tuhan. Pelbagai jenis benda material telah di­organisasikan, disistemkan, dan dikonstitusikan menjadi dunia kebendaan. Hal ini menyebabkan manusia wujud di bumi hanya hidup semata-mata untuk pakaian, makanan, tempat tinggal, dan pengangkutan. Manusia langsung tidak sedar bahawa makna kehidupan sebenarnya ialah Tuhan. Kenikmatan kebendaan sudah berkembang menjadi satu sistem yang digelar sebagai kosmos dalam Bible; kosmos bermaksud “dunia”. Segala jenis kebendaan telah menjadi satu sistem untuk menjerat manusia. Dunia dapat merangsang nafsu orang. Apabila nafsu manusia dirangsang, manusia mudah terjerumus ke dalam dosa. Apabila nafsu manusia dirangsang, amat sukar untuk manusia menjauhkan diri daripada dosa. Kejatuhan manusia ke dalam dosa terdiri daripada dua aspek: Satu aspek ialah kenikmatan dan satu aspek lagi ialah dosa. Pendek kata, di mana ada kenikmatan kebendaan, di situlah nafsu dan dosa.

Orang Kristian hari ini amat kasihan kerana mereka menghargai apa yang dibuang oleh pekudus pada zaman awal. Dalam bab satu buku Pengkhutbah, Salomo menyifatkan segala sesuatu di bawah matahari sebagai kesia-siaan atas segala kesia-siaan; segala-galanya ialah kesia-siaan (ay. 2). Jika Tuhan memberi kita benda material, Dia sebenarnya memberi kita kesia-siaan. Dalam Wasiat Baru, Paulus mengatakan bahawa benda material ialah sampah, najis, dan benda tidak bernilai yang berbau busuk (Flp. 3:7-8). Akan tetapi, orang Kristian hari ini menganggap benda busuk ini sebagai harta yang berharga. Ini sememangnya manusia yang tidak dapat membezapastikan sifat sebenar hal-hal ini setelah terjerumus ke dalam kenikmatan kebendaan. Oleh itu, bahkan sesetengah orang kebingungan dan berkata, “Adakah kamu bermaksud kami tidak harus mementingkan soal makan dan hidup? Apa gunanya kami menganut sesuatu agama sedangkan ia tidak dapat menjaga kehidupan kami?” Banyak orang yang bertanyakan soalan begini. Ini hanya menunjukkan keadaan manusia yang menyedihkan yang telah jatuh ke dalam jerat kebendaan. Penyelamatan Tuhan adalah untuk melepaskan kita daripada situasi yang jatuh dalam dunia kebendaan, sama seperti Dia melepaskan kita daripada nafsu kita. Oleh yang demikian, kita sebagai orang Kristian harus menjaga hati kita dengan segala kewaspadaan agar kita tidak diduduki dan dipenuhi kebendaan, sebaliknya mengambil Tuhan sendiri sebagai matlamat kita dan bukannya yang lain. Semoga kita menjadi seorang Kristian yang memiliki Tuhan dan rela mengetepikan kebendaan demi Tuhan.

Apakah Perbezaan antara Teguran Roh Kudus dan Tuduhan Syaitan?
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)